Wednesday, January 13, 2010

TAKLIMAT ICT

Satu taklimat khas ICT telah diberikan di Dewan Terbuka SMK Raja Sakti baru-baru ini. Taklimat ini telah disampaikan oleh Penyelaras Bestari, En. Rosli Mohamed kepada kepada sekumpulan pelajar Tingkatan 1 dan 4 yang sedang mengikuti kusus SUAIKENAL bagi sesi 2010 .

Antara isu penting dalam taklimat tersebut ialah beliau telah menerangkan tentang senario iCT di sekolah di samping kepentingan penggunaan ICT dalam pendidikan dalam menempuhi cabaran zaman globalisasi . Para pelajar juga turut diterangkan apakah persiapan asas dan strategi yang harus dilakukan oleh pelajar dalam merealisasikan ICT sebagai platform terbaik yang membolehkan kecermlangan akademik dapat dicapai.

Tidak ketinggalan, beliau juga turut mengupas tentang Produk-produk baru ICT, kemunculan teknologi baru ICT dan langkah penjagaan keselamatan komputer untuk membebaskannya dari acaman global umpamanya, Hackers, serangan virus, trojan, spyware dan malware .
Baca selanjutnya.. »

Sunday, January 10, 2010



Dunia pendidikan tidak sunyi dari menghadapi 10001 macam perubahan. Dalam dekad yang dikenali dunia tanpa sempadan atau borderless world ini. penggunaan teknogi ICT khususnya internet tidak boleh dinafkan sama sekali sebagai medium yang paling penting bagi mendapatkan maklumat global.. Kewujudan Pusat Akses di SMK Sakti merupakan satu platform yang terbaik bagi merealitikan apa yang dikatakan sebagai mendapatkan "maklumat dihujung jari".

Di Pusat Akses inilah para pelajar boleh mengakses pelbagai maklumat. Mengikuti pembelajaran bestari dan interaktif. Mencuba perkhidmatan online, berurusan secara online dengan rakan-rakan yang berada di lokasi yang berbeza, dan bertukar-tukar idea menerusi sidang video yang disediakan.

Sebagai menambahkan lagi bahan-bahan pembelajaran , dengan bantuan guru pembimbing, pelajar akan diajar tentang prosedur membina blog peribadi sebagai asas bagi membolehkan mereka mengembangkan daya kreativiti dan inovasi mereka dalam blog peribadi secara lebih meluas dan sistematik. Dalam blog peribadi berkenaan akan dilengkapkan info-info peribadi, peristiwa-peristiwa semasa dan juga maklumat pendidikan. Ini sekaligus dapat juga dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar lain bagi tujuan melengkapkan lagi maklumat yang sedia ada.

Baca selanjutnya.. »

Saturday, January 2, 2010

VIDEO SONY VEGAS


Satu bengkel Multimedia yang berasaskan penggunaan aplikasi Video Editing Sony Vegas telah diadakan selama 3 hari bermula 4 hingga 6 ogos 2009 bertempat di PKG Tapang. Seramai 35 orang guru dari sekolah Menengah dan rendah dalam kelompok PKG Tapang telah menghadiri dengan jayanya.SMK Raja Sakti telah diwakili oelh En. Rosli Mohamed.

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan asas tentang bagaimana untuk menghasilkan video yang berkonsepkan album video sekolah sebagai memenuhi aspirasi pendidikan sekarang yang berorieantasikan ICT dan penyimpanan data interaktif secara digital. video yan hasilkan ini sebenarnya boleh pula dikongsikan secara maya menerusi laman web apabila ia akan dipublishkan.

Sememangnya kursus benar-benar bermanfaat apatah lagi apabila ia turut sesuai untuk dijadikan sebagai medium pengajaran kerana ia mampu memenuhi cita rasa para pelajar yang memerlukan da meminati pengajaran yang kreatif, inovatif serta menarik.

SAMPEL KLIP VIDEO MENGGUNAKAN SONY VEGAS


Baca selanjutnya.. »

Friday, January 1, 2010

BULETIN ONLINE


BULETIN09 -
Buletin ini muncul lagi dengan menyajikan topik-topik terkini berhubung dunia pengkomputeran dan juga ICT. Kriteria utamanya ialah bersaiz kecil, padat dan yang lebih menarik ialah ia juga diterbitkan dalam 2 versi, iaitu secara bercetak dan juga dalam versi online iaitu internet. Anda memerlukan perisian Adobe Acrobat Reader untuk mendownload dengan lebih mudah
Baca selanjutnya.. »

Membuat Shortcut untuk Shutdown

Bagi anda yang sangat menghargai waktu dan mementingkan waktu di atas segala-galanya mungkin trik ini dapat membantu anda..(loh apa maksudnya??)
yowis langsung sikat aja bleh..

Anda tentu telah mengenal command line
C:\WINDOWS\SYSTEM32\shell32.dll,user.exe /exitwindows untuk mematikan Windows 9x lewat shortcut. Di Windows XP dan Vista, command line itu tidak berlaku lagi.
Tetapi kita masih bisa membuat shortcut untuk shutdown, restart, dan logoff.

berikut adalah tahapan-tahapannya:

1. Buat shortcut baru dengan klik kanan di desktop dan pilih [New] > [shortcut...]

2. Pada field location of the items pilihlah salah satu dibawah ini dan ketiklah:

* C:\WINDOWS\SYSTEM32\shutdown.exe /s untuk shutdown,
* C:\WINDOWS\SYSTEM32\shutdown.exe /r untuk restart, dan
* C:\WINDOWS\SYSTEM32\shutdown.exe /l untuk logoff.

3. Klik [Next] lalu tulis nama untuk masing - masing shortcut.

4. klik [Finish]
Baca selanjutnya.. »