Sukacita dimaklumkan Unit ICT SMK Raja Sakti akan mengadakan Kursus ICT secara percuma kepada para pelajar.Maklumat kursus adalah seperti berikut:
Tarikh: 15 MAC 2010
Hari : Isnin
Masa : 8.30 - 12 .00 tengahri
Tempat: Makmal Komputer
Had Bilangan peserta: 20 orang
PELAKSANAAN
Kursus ini diadakan mengandungi 3 FASA. Fasa pertama kursus ini diadakan khusus kepada pelajar tingkatan 5 dan 6 sahaja . Fasa yang berikutnya akan menyusul dengan kursus yang bakal ditawarkan pula kepada pelajar Tingkatan, 1, 2 dan 3
MATLAMAT
Bermatlamatkan untuk menjadikan ICT sebagai sebahagian dari cabang kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar. Meningkatkan kecekapan dan minat menggunakan aplikasi komputer . Di samping mendedahkan rahsia dan Tips penggunaan aplikasi Ms Office, komponen komputer dan internet. Kesemua ini penting dan secara tidak langsung ia diharapkan akan dapat membantu pembelajaran para pelajar.
Wednesday, March 10, 2010
KURSUS ICT UNTUK PELAJAR
Posted by
Mr. Rosli Mohd
at
3:43 AM